KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan pengumuman data inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan dan mengukuhkan lagi unjuran kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar faedah utama, sekali gus menyokong pengukuhan mata wang dolar.
Pada 8 pagi ini, ringgit susut kepada 4.0820/0865 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0805/0850, semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.36 peratus kepada 102.55 mata selepas kadar inflasi keseluruhan AS meningkat kepada 3.7 peratus pada September berbanding 3.4 peratus pada Ogos.
Angka terkini itu ternyata melebihi jangkaan pasaran sebanyak 3.6 peratus.









