KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding kebanyakan mata wang ASEAN, namun sebaliknya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah lonjakan semula harga minyak mentah serta ketegangan geopolitik yang meruncing di Asia Barat, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit menyusut ke paras 4.0890/0940 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0850/0895, semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata harga minyak mentah Brent menokok 4.08 peratus kepada AS$104.29 setong ketika krisis Asia Barat dijangka terus berlanjutan.
"Selain itu, kebimbangan terhadap kemampanan fiskal di Eropah, khususnya di Perancis juga menyebabkan dolar AS mengukuh. Peniaga dilihat sedang mencari perlindungan daripada ketidaktentuan (yang berlaku ini)," katanya kepada Bernama.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F454564564_845601.png&w=480&output=webp&q=85&we)
