KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, dengan mata wang tempatan masih diniagakan dalam jajaran kecil didorong oleh petunjuk bercampur-campur daripada pasaran global.
Pada 8 pagi, ringgit menurun kepada 4.0840/0885 berbanding dolar AS daripada 4.0835/0880 semasa ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata penurunan sebanyak 0.33 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 101.833 mata, selain harga minyak mentah Brent yang berada pada kira-kira AS$100 setong, memberikan sokongan kepada ringgit.
Beliau berkata, ekuiti global juga positif dengan keyakinan terhadap pendapatan korporat, mencerminkan sentimen yang lebih baik dalam pasaran kewangan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F454564564_845601.png&w=480&output=webp&q=85&we)
