KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan akaun TikTok menggunakan nama Ahmad Mushidi yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menduduki ujian adalah palsu.

JPJ berkata, pihaknya menerima aduan berhubung iklan di platform media sosial itu yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menghadiri kelas atau menjalani ujian memandu.

Susulan aduan berkenaan, JPJ sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan atau akaun tidak sah yang menawarkan perkhidmatan berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan dan kerugian.