KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah berikutan penjualan besar-besaran pada Isnin, walaupun indeks itu gagal melepasi paras 1,600, kata penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.83 mata, atau 0.24 peratus, kepada 1,599.58 berbanding paras penutup 1,595.75 pada Isnin.
Indeks utama itu dibuka rendah turun 3.18 mata kepada 1,592.57, paras intra hari terendahnya dan mencapai paras intra hari tertingginya pada 1,602.83 semasa sesi awal dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 751 berbanding 331, manakala 499 kaunter tidak berubah, 1,259 kaunter tidak diniagakan dan 10 kaunter digantung.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fundang423_276515.png&w=480&output=webp&q=85&we)

