BENTONG: Sekurang-kurangnya tiga punca dikenal pasti menyebabkan warga asing 'membanjiri' kawasan Janda Baik, di sini, khususnya mengusahakan aktiviti pertanian sebagai punca pendapatan.

Ahli Parlimen Bentong, Young Shefura Othman, berkata antara punca isu terbabit apabila terdapat pemilik tanah yang tidak menetap di kawasan berkenaan menyerahkan pengurusan tanah mereka kepada warga asing.

"Ada sesetengah individu yang membiarkan dan percaya kepada warga asing menjaga kawasan kerana kita tahu Janda Baik ramai juga orang luar.

"Apabila pemilik tanah tinggal di luar dan tidak balik ke sini, mereka harapkan ada individu di kampung yang menjaga kawasan dan mengusahakan tanah untuk mendapatkan hasil.