ALOR SETAR – Penggunaan dadah sin­tetik ‘piu piu’ semakin membimbangkan apabila terdapat golongan muda termasuk remaja bawah umur tanpa segan silu merakam video dalam keadaan khayal sebelum dikongsikan da­lam media sosial.

Tindakan memalukan dan berbahaya itu dilakukan termasuk untuk mendapat perhatian, tontonan dan pengikut di akaun media sosial ma­sing-masing.

Setiausaha Agung Majlis Pe-nyalahgunaan Bahan Terlarang Malaysia (Masac), Raja Azizan Suhaimi Raja Abd. Latiff mengakui bimbang dengan trend itu kerana dikhuatiri menjadi ikutan selain dianggap ‘perkara biasa’ bagi golongan muda.

“Kita bimbang orang muda yang menontonnya mendapat gambaran seolah-olah perbuatan itu menyeronokkan dan tidak membawa akibat buruk.