BIDANG pertanian bukanlah perkara baharu dalam hidup Ahmad Faris Ahmad Fuad, 23, kerana bapanya, Ahmad Fuad Mohd. Yusoff bergiat aktif dalam industri ternakan dan tanaman.

Ditambah pula ibunya, Noor Azila Zakaria merupakan guru subjek Biologi.

Hal ini telah membuka mata pemuda yang mesra disapa Faris itu untuk menceburi bidang pertanian.

Kini, dia merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem (KBP) di Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan fokus pengkhususan dalam mekanisasi dan automasi.