DUNGUN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud, meninggal dunia di Hospital Dungun di sini pada jam 5.30 pagi tadi.
Allahyarham yang juga bekas EXCO Kerajaan Terengganu menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun akibat sakit jantung.
Beliau berkhidmat sebagai ADUN Bukit Besi daripada UMNO-Barisan Nasional (BN) selama dua penggal bermula Mei 2013 hingga Ogos 2023.
Sepanjang tempoh berkhidmat dalam pentadbiran negeri, Allahyarham pernah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F08%2F911dbbceb6e35cee8f5a4b6235aa62ad.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

