PETALING JAYA: Bekas Adun Bersatu Sungai Udang Dr Aleef Yusof menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan).
Perkembangan itu menyusul selepas Aleef pada 31 Mac lalu berkata akan kekal bersama Bersatu ketika parti dilanda kemelut dalaman.
"Alhamdulillah. Saya kini ahli Parti Wawasan Negara,” katanya ringkas di Facebook.
Aleef sebelum ini dilaporkan berada dalam kumpulan menyokong bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, yang dipecat parti itu bersama beberapa penyokongnya awal tahun ini.






