Kuala Lumpur: Selepas dua dekad bersama 6ixth Sense sebagai vokalis utama, komposer dan penulis lirik, Adi Priyo, 43, membuat keputusan meninggalkan kumpulan yang ditubuhkan pada 2005 itu.

Adi atau nama sebenar, Adi Priyo Sambodo yang berasal dari Jamber, Indonesia berkata, dia membuat keputusan 'angkat kaki' daripada 6ixth Sense atas pilihan sendiri untuk bergerak solo dan sama sekali tidak terkait dengan pergaduhan.

"Saya datang ke Malaysia dulu pun kerana ingin bermain muzik di sini. Malah, selepas 20 tahun bergerak dengan 6ixth Sense, saya memikirkan sudah tiba masa mengundur diri seketika sebagai vokalis utama. Saya mahu fokus bergerak solo.

"Ditambah, stamina saya sudah tidak seperti dulu untuk kekal bertenaga ketika buat persembahan berkumpulan. Kini, dengan jadual kerja padat, faktor kesihatan dan urusan keluarga turut diambil kira.