PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada jaguh powerlifting para negara Bonnie Bunyau Gustin yang berjaya meraih emas kedua negara di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026."Tahniah Bonnie Bunyau Gustin yang terus mengharumkan nama negara menerusi kejayaan meraih emas dalam acara powerlifting para lelaki bawah 72 kilogram (kg) di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026."Moga terus mengukir kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia!" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Bonnie menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas mengungguli kategori 72 kg lelaki di Nagoya City Trade and Industry Center sekali gus menyaksikan atlet kelahiran Sarawak itu mempertahankan emas dimenanginya pada edisi 2022 di Hangzhou.Kemenangan itu turut mengubat kekecewaan Bonnie selepas gagal mempertahankan emas Sukan Komanwel di Glasgow pada Julai lepas apabila sekadar meraih gangsa dalam kategori lightweight lelaki. - Bernama
Tahniah Bonnie! Emas kedua buat Malaysia - PM

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi tahniah kepada Bonnie Bunyau Gustin yang meraih emas kedua Malaysia di Sukan Para Asia 2026.
- Bonnie meraih emas dalam acara powerlifting para lelaki bawah 72 kg.
- Ini merupakan pingat emas kedua Malaysia di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.
- Bonnie mempertahankan kejuaraannya yang dimenangi pada 2022 di Hangzhou.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro PM ucap tahniah Zuhairie raih emas pertama negara
- Berita Harian Bonnie sumbang emas kedua Malaysia
- Harian Metro Bonnie sumbang emas kedua Malaysia
- Utusan Malaysia Sukan Para Asia: Boonie hadiahkan emas kedua Malaysia
- Sinar Harian Tahniah Bonnie! Emas kedua buat Malaysia - PM (this story)



