PETALING JAYA: Pahang memperkukuh usaha menarik pelaburan ke negeri itu menerusi pemeteraian 12 perjanjian pelaburan komitmen bernilai RM421 juta sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyertaan kerajaan negeri menerusi Invest Pahang dalam acara itu memberi tumpuan kepada kerjasama strategik, pembangunan wilayah dan penerokaan sektor ekonomi bernilai tambah tinggi.

Katanya, SIBS 2026 turut membuka ruang kepada beberapa cadangan kerjasama strategik merangkumi sektor teknologi digital, tenaga, perindustrian, pendidikan, perumahan dan pelancongan.

“Dalam sektor teknologi digital, PKNP Fire Phoenix Data Center Sdn. Bhd. merancang kerjasama dengan Dayanex AI Sdn. Bhd. bagi membangunkan perkhidmatan kolokasi pusat data di Pahang Technology P