Montevideo: Uruguay menguji penggunaan kad elektronik bagi menggantikan kad kuning dan merah yang digunakan pengadil ketika ini, dalam usaha memodenkan pengadilan bola sepak.
Percubaan itu dilakukan pengadil, Eduardo Varela, ketika perlawanan Copa Uruguay antara Nacional dan Rentistas, kelmarin, apabila beliau menggunakan peranti elektronik sebesar telefon pintar untuk memberikan amaran kepada pemain.
Pengarah syarikat REFe, Mauro Sacco, berkata inovasi itu bertujuan memperkenalkan teknologi dalam aspek pengadilan bola sepak yang masih menggunakan kaedah manual.
"Kami mahu membawa teknologi kepada satu-satunya perkara dalam bola sepak yang masih bersifat analog," katanya kepada radio Uruguay, El Espectador Deportes, semalam.









