Rabat/Istanbul: Maghribi mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada Jumaat, mencatat sejarah apabila negara itu buat kali pertama diterajui seorang perdana menteri wanita yang mengetuai gabungan empat parti, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut agensi berita rasmi Maghreb Arabe Presse (MAP), Raja Mohammed VI menerima barisan anggota Kabinet baharu yang diketuai Fatima Ezzahra El Mansouri dan mempengerusikan upacara pelantikan di Istana Diraja di Rabat.

El Mansouri merupakan wanita pertama yang memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan Maghribi itu.

Beliau akan mengetuai kerajaan gabungan empat parti yang terdiri daripada Parti Keaslian dan Kemodenan (PAM) pimpinannya, Parti Istiqlal, Kesatuan Sosialis Angkatan Rakyat (USFP) serta Parti Kemajuan dan Sosialisme (PPS).