HAT YAI (THAILAND): Seorang bekas pramugari warga China yang disyaki menjadi dalang sindiket membawa masuk warga negara itu merentasi sempadan Thailand-Malaysia dicekup pihak berkuasa Thailand, kelmarin.

Suspek berusia 34 tahun ditahan pukul 10 pagi bersama tiga warga China dan seorang rak­yat tempatan yang dipercayai bertindak sebagai pemandu, berhampiran sebuah hotel di pusat bandar ini.

Jurucakap Polis Daerah Hat Yai berkata, serbuan itu hasil maklumat risikan dan pemantauan terhadap kegiatan sindiket pemerdagangan manusia melintasi sempadan Thailand-Malaysia sejak lebih sebulan lalu.

“Pasukan operasi kemudian menahan semua suspek ketika berada di dalam sebuah ken­deraan. Siasatan awal mendapati dua lelaki warga China mema­suki Thailand dari Malaysia di sempadan Wilayah Narathiwat-Kelantan tanpa dokumen sah dan dalam perjalanan ke Bangkok.