Kuala Lumpur: Kerajaan boleh mempertimbangkan segera dua laluan perundangan bagi mengambil tindakan terhadap pihak yang mengarahkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di luar negara, tanpa perlu menunggu penggubalan akta baharu.
Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah Majlis Peguam, Vivekananda Sukumaran berkata, menerusi Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Peguam Negara wajar menyiasat dan menguji perundangan itu di mahkamah sekiranya terbukti arahan untuk membakar diberikan dari Malaysia.
Katanya, ia boleh digunakan bersama seksyen 108A Kanun Keseksaan, jika berlaku subahat bagi perbuatan di luar negara yang perlu dibuktikan juga.
"Bagaimanapun bukti arahan seperti dokumen, e-mel dan minit mesyuarat yang berada di Malaysia boleh diperoleh di sini tanpa bergantung kepada Indonesia.









