am@hmetro.com.my

Kangar: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis bakal memasang kamera litar tertutup (CCTV) di asrama sekolah di negeri ini bagi mempertingkatkan tahap pengawasan dan keselamatan pelajar.

Pengarahnya Ishak Awang berkata, inisiatif pemantauan itu dilaksanakan susulan penerimaan peruntukan khusus yang disalurkan Kementerian Pendidikan (KPM), baru-baru ini.

Katanya, skop pemasangan peranti keselamatan itu akan memfokuskan kepada bangunan asrama terlebih dahulu, berbanding blok sekolah lain tertakluk kepada peruntukan sedia ada.

"Kita mendapat peruntukan daripada kementerian untuk pasang CCTV khusus bagi sekolah yang ada asrama bagi tujuan pemantauan dan keselamatan pelajar asrama itu sendiri.