PETALING JAYA – olahPengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu wajar dipertimbangkan sekiranya sistem sekolah berasrama mahu terus dikekalkan.
Selain itu, beliau turut mencadangkan pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di semua sekolah berasrama sebagai langkah memperkukuh aspek pemantauan dan keselamatan.
“Suka atau tidak, jika kita masih percaya dan mahu teruskan sistem sekolah berasrama, kerajaan mesti menyediakan peruntukan untuk lantik warden sepenuh masa bekas tentera untuk kurangkan beban guru dan CCTV di semua sekolah asrama,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi media sosial rasminya, hari ini.
Terdahulu beliau menzahirkan kesedihan susulan kematian seorang pelajar tingkatan empat yang ditemui mati disyaki dibunuh di dalam sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Sabtu lalu.










