KANGAR: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis akan melaksanakan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di asrama sekolah di negeri ini bagi mempertingkatkan tahap pengawasan dan keselamatan pelajar.
Pengarah Pendidikan JPN Perlis, Ishak Awang, berkata inisiatif pemantauan itu dilaksanakan susulan penerimaan peruntukan khusus disalurkan Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini.
Beliau berkata, skop pemasangan peranti keselamatan itu akan memfokuskan bangunan asrama terlebih dahulu, berbanding blok sekolah lain tertakluk kepada peruntukan sedia ada.
"Kita mendapat peruntukan daripada kementerian untuk pasang CCTV khusus bagi sekolah yang ada asrama bagi tujuan pemantauan dan keselamatan pelajar asrama itu sendiri.









