Ketua Polis Klang Selatan Lim Jit Huey, berkata lelaki warga emas berusia 60 tahun itu pandu kereta masuk ke laluan landasan kereta api dan bergerak sejauh 130m. (Gambar PDRM)PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang menyiasat kejadian seorang lelaki tular memandu kereta sehingga memasuki kawasan landasan Stesen KTMB Jalan Limbungan di Pelabuhan Klang, pada 11 Okt.
Ketua Polis Klang Selatan Lim Jit Huey, berkata dalam kejadian pada 11.40 malam itu, lelaki warga tempatan berusia 60 tahun itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kuala Lumpur.
“Lelaki itu telah memandu masuk ke laluan landasan kereta api dan bergerak sejauh 130m sehingga sampai di stesen berkenaan. Pihak KTMB berjaya mengeluarkan kereta itu daripada kawasan terbabit pada 1.40 pagi,” katanya dalam kenyataan.






