am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Seorang pekerja syarikat pembekal makanan dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk.

Majistret Mustaqim Sukarno menjatuhkan hukuman itu terhadap Ong Chee Yong, 55, selepas mengambil kira pengakuan bersalah, rayuan serta hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan Chee Yong dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh membayar denda berkenaan.