Kuala Lumpur: Bantuan kepada usahawan wanita menerusi Belanjawan 2027 perlu memberi tumpuan kepada peningkatan kapasiti pengeluaran dan peluasan akses pasaran bagi membolehkan perniagaan mereka berkembang di dalam negara serta menembusi pasaran ASEAN.

Penasihat Kehormat Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (WAWASANITA) Datin Dr Hartini Osman berkata, bantuan pembiayaan, latihan dan pembangunan perniagaan mampu membantu usahawan wanita beralih daripada sekadar mengekalkan operasi kepada meningkatkan pengeluaran serta menembusi pasaran antarabangsa.

Beliau memberi contoh bagaimana bantuan bersesuaian boleh membantu seorang usahawan meningkatkan pengeluaran daripada 100 produk sehari yang dibungkus secara manual kepada 1,000 pek sehari.