PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan membuat keputusan untuk membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober lalu setelah pihaknya mengeluarkan notis pada 22 September lepas.

Setelah meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan, katanya, Pendaftar Pertubuhan mendapati bahawa alasan yang diberikan tidak dapat menyangkal asas-asas pembatalan pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam notis tersebut.

“(PN juga) tidak memberikan justifikasi yang kukuh untuk mengekalkan pendaftaran pertubuhan berkenaan,” katanya hari ini.