PUTRAJAYA- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membatalkan pendaftaran Parti Perikatan Nasional (PN) selepas mendapati penjelasan dan representasi dikemukakan parti itu gagal menyangkal asas pembatalan pendaftaran serta tidak memberikan justifikasi kukuh mengekalkan pendaftaran pertubuhan.

JPPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sebelum ini telah mengeluarkan notis bertarikh 22 September 2026 kepada PN di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832].

Katanya, notis itu bagi memberi peluang kepada parti itu mengemukakan penjelasan dan representasi berhubung perkara yang dinyatakan dalam notis berkenaan.

“Susulan itu, JPPM telah menerima maklum balas daripada Perikatan Nasional pada 12 Oktober 2026.