KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku wujud kelemahan besar dalam proses pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, kelemahan itu berlaku apabila keputusan pelaburan terlalu bergantung pada trend antarabangsa dan panduan institusi luar, termasuk SoftBank serta beberapa syarikat besar dari Eropah dan Jepun.

Beliau berkata, kepercayaan terhadap reputasi institusi antarabangsa tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengabaikan penelitian dan tanggungjawab dalam menguruskan wang rakyat.

"Dalam kes ini, kita bergantung pada SoftBank dan beranggapan mereka tidak mungkin membuat pelaburan secara cuai, tetapi kenyataannya begitu.