am@hmetro.com.my

Kuala Nerang: Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencadangkan logo PAS digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berikutan masyarakat tidak lagi fobia dengan lambang parti itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, keputusan mengenai penggunaan logo bagaimanapun masih belum dimuktamadkan dan akan dibincangkan dalam mesyuarat parti Isnin depan.

"Saya dengar Setiausaha Agung PN (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) ada fail saman kepada RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan), jadi tunggu keputusan. Kalau tak ada pilihan, logo PAS (digunakan pada PRN Melaka).

"Logo (PAS) ini orang tak fobia lagi. Gunung Everest pun sudah (ada) logo PAS, orang bawa pergi kibar," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Hak Milik dan Kunci Rumah Desa Sejahtera Perik, Mukim Kurong Hitam di sini, hari ini.