BN berisiko membantu PAS bertapak dengan lebih kukuh di Melaka dan akhirnya boleh menyebabkan parti itu diatasi PAS, kata penganalisis. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS dan Barisan Nasional (BN) mungkin sama-sama mendapat manfaat jika PAS menggunakan logo gabungan itu di PRN Melaka, tetapi tiga penganalisis politik berpendapat aturan tersebut boleh membawa kepada masalah selepas pilihan raya.

Syaza Shukri.
Syaza Shukri.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata BN berisiko membantu PAS membina tapak yang lebih kukuh di Melaka.

“BN perlu berhati-hati kerana ini mungkin membawa kepada kemenangan lebih mudah bagi PAS di kerusi-kerusi tertentu di Melaka.