KUALA LUMPUR: Penggunaan lambang Barisan Nasional (BN) oleh calon PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berpotensi mengubah persepsi pengundi terhadap calon, selain mencetuskan kekeliruan dalam kalangan penyokong tradisi parti diterajui Tan Sri Abdul Hadi Awang itu.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban, Dr Mazlan Che Soh, berkata kekeliruan bagaimanapun boleh diminimumkan jika penerangan dibuat awal, konsisten dan seragam oleh kepimpinan serta jentera parti.
Tambah beliau, isunya bukan semata-mata pertukaran lambang, tetapi sama ada akar umbi memahami sebab, bentuk dan batas kerjasama berkenaan.
"Pada masa sama, calon juga mungkin tidak lagi dinilai semata-mata sebagai calon PAS, tetapi sebagai calon kepada satu formula kerjasama yang lebih luas.








