SEOUL: Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) menggesa penyokong supaya menghentikan serangan peribadi melampau terhadap pemain kebangsaan, sambil memberi amaran tindakan itu boleh menjejaskan kesihatan psikologi mereka susulan kegagalan pasukan pada Piala Dunia.
Jurulatih Hong Myung-bo meletakkan jawatan selepas Korea Selatan gagal melepasi peringkat kumpulan Piala Dunia di Amerika Utara, manakala Robert Moreno dari Sepanyol yang dilantik sebagai jurulatih interim masih menunggu keputusan mengenai kemungkinan pelanjutan kontraknya.
Menjelang saingan Piala Asia yang dijadual berlangsung di Arab Saudi pada Januari depan, skuad kebangsaan itu kini dibelenggu dakwaan wujud perpecahan dalam pasukan.










