Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan menyatakan kebimbangan terhadap pihak tertentu yang bertindak sendiri terhadap kumpulan pelarian terutamanya Rohingya. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, atau Hakam, menggesa tindakan kumpulan tertentu yang menyasarkan pelarian Rohingya dihentikan susulan peningkatan sentimen xenofobia dan permusuhan terhadap komuniti itu.

Presiden Hakam, M Ramachelvam, melahirkan kebimbangan terhadap tindakan orang awam mengambil tindakan terhadap pelarian termasuk kes semalam di mana beberapa rumah Rohingya di Johor di baling bom petrol.

Ramachelvam berkata tindakan itu membelakangkan kedaulatan undang-undang, meningkatkan risiko keganasan dan menggalakkan sikap menyalahkan seluruh komuniti secara kolektif.