JPJ menggantung perkhidmatan anak syarikat MYEG, Zetrix AI Bhd, selepas syarikat itu gagal menyerahkan lebih RM314 juta kutipan fi cukai jalan dan saman trafik sejak Mei.PETALING JAYA: Badan pemantau antirasuah menggesa Putrajaya supaya menghentikan amalan membenarkan orang tengah swasta memegang wang awam ketika mengurus kutipan kerajaan, susulan pendedahan bahawa Zetrix AI Bhd mempunyai tunggakan sebanyak RM314 juta.
Transparency International Malaysia (TI-M) berkata perjanjian konsesi baharu bagi kutipan fi mesti merangkumi perlindungan kontrak yang ketat bagi mengelakkan tunggakan hasil kerajaan dalam jumlah besar.
Presidennya, Raymon Ram, berkata kutipan hasil pada masa depan perlu dibayar terus ke akaun kerajaan, manakala bayaran kepada penyedia perkhidmatan dibuat secara berasingan oleh agensi berkaitan.







