KUALA LUMPUR – Pengguna perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal menikmati diskaun tambang sebanyak 30 peratus bagi kelas ekonomi sepanjang bulan pertama operasi perkhidmatan itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tawaran berkenaan diberikan sempena pembukaan rasmi ECRL yang dijangka bermula pada 12 Disember ini.

“Sempena pembukaan rasmi yang dijangka bermula pada 12 Disember, untuk bulan pertama orang ramai akan menikmati sebanyak 30 peratus diskaun.

“Selain itu, empat kategori yang diumumkan semalam iaitu Kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun, warga emas berumur 60 tahun ke atas serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta pesara kerajaan bakal menikmati diskaun tambang 50 peratus secara tetap,” katanya ketika sidang akhbar Transport Expo Asia 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini. –