KOTA BHARU: Polis mengingatkan aktivis media sosial supaya tidak bertindak sendiri terhadap pelarian etnik Rohingya kerana tindakan sedemikian boleh melanggar undang-undang, walaupun didorong niat yang baik.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, golongan itu perlu memahami undang-undang sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk menghalau komuniti berkenaan dari negeri ini.
Katanya, isu pelarian Rohingya bukan perkara baharu malah sudah berpuluh-puluh tahun menjadi perhatian kerajaan selain berdepan persoalan negara yang bersedia menerima mereka.
“Isu sebenarnya adalah kejahilan undang-undang itu sendiri. Kumpulan aktivis itu jahil dan tidak faham undang-undang. Bukan senang kita nak halau mereka (Rohingya).









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F01%2Fec2efc23f8e97434d5f5f6a6fa403035.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)