Ampang: Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengharamkan penggunaan Waze, selepas negara memiliki alternatif bagi aplikasi navigasi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah itu mungkin dilakukan selepas kerajaan membuat kajian menyeluruh mengenai aplikasi navigasi alternatif bagi menggantikan Waze.

Beliau antara lain meminta orang ramai tidak terus menggunakan Waze memandangkan ibu pejabat aplikasi itu berpangkalan di Israel, selain hanya mengguna pakai perundangan Tel Aviv.

"Isunya bukan masalah kita. Bila saya dapat maklumat, kita semak. Pertama, ibu pejabatnya (Waze) pangkalan di Israel.