KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan melakukan penstrukturan semula barisan pemain dan jurulatih badan induk itu pada Disember ini, membabitkan skuad senior serta remaja.

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei, berkata penilaian menyeluruh akan dilakukan bagi menentukan pemain yang dikekalkan, digugurkan atau diserap masuk ke dalam program pembangunan badan induk itu.

Beliau berkata, pengarah kejurulatihan perseorangan, Kenneth Jonassen dan pengarah kejurulatihan beregu, Rexy Mainaky akan mengemukakan senarai penilaian pemain kepada Jawatankuasa Prestasi sebelum keputusan akhir diumumkan.

"Kita tidak boleh asyik menyimpan pemain tanpa melakukan pengguguran. Kita perlu menyusun semula senarai pemain dan melakukan sedikit penstrukturan.