Kuantan: Lebih 25,000 peminat bola sepak dijangka memeriahkan perlawanan persahabatan antara Legenda Pahang dan Kelantan di Stadium Darul Makmur, di sini pada 7 November depan.
Antara pemain yang bakal beraksi ialah Azamuddin Akil, Razman Roslan, Fauzi Rozlan, Muhammad Gopi Rizqi Rama Chandra, Juzaili Samion serta pemain legenda skuad Tok Gajah, Azizul Kamaluddin yandg mewakili bekas pemain Pahang.
Manakala, antara bekas pemain Kelantan pula diwakili Badhri Radzi atau lebih mesra dengan panggilan 'Piya', Nor Farhan Muhammad, Mohd Daudsu Jamaluddin dan beberapa pemain lain.
Menurut Azamuddin atau 'Alex', perlawanan persahabatan itu bukan sahaja menghimpunkan bekas pemain, malah mengimbau kenangan zaman kegemilangan kedua-dua pasukan.






