PETALING JAYA: Julung kali diadakan, Fiesta Tun Teja MTSP Pahang 2026 menjadi wadah penting untuk mengangkat budaya dan warisan negeri Pahang.

Fiesta yang bakal berlangsung selama tiga hari, dari 6 hingga 8 Oktober 2026 di Dataran Temerloh, Pahang itu akan dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Antara pengisian utama program berkenaan ialah pameran warisan yang mengetengahkan khazanah budaya negeri itu.

Dianjurkan di bawah Apresiasi Pahang 1st, acara berkenaan menyasarkan penyertaan semua lapisan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti menarik sepanjang fiesta berlangsung.