Paris: Bintang tenis Ukraine, Elina Svitolina mengumumkan perpisahan dengan suaminya yang juga pemain tenis Perancis, Gael Monfils selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Elina, 32, yang kini berada di ranking keenam dunia, membuat pengumuman itu menerusi hantaran di media sosial, dengan mengakui keputusan berkenaan adalah antara perkara paling sukar pernah dilaluinya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Julai 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia empat tahun.

"Saya perlu mencari jalan untuk kembali mengenali diri sendiri dan saya tidak dapat melakukannya dalam perkahwinan kami.