Shah Alam: Pengalaman luas Datuk Ramli Mohd Salleh atau Ramli MS bakal dimanfaatkan bagi memperkukuh hubungan antara bidang akademik dan realiti industri muzik susulan pelantikannya sebagai Profesor Adjung Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Ramli berkata, pelantikan itu membuka ruang untuk beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman sebenar industri dengan mahasiswa, sekali gus melengkapkan pembelajaran berasaskan teori yang diperoleh di universiti.
Menurutnya, pendedahan secara langsung terhadap persekitaran profesional penting bagi membantu mahasiswa memahami tuntutan industri, termasuk aspek kreativiti, kemahiran teknikal dan peluang kerjaya.
"Pada saya, ia mengenai perkongsian ilmu daripada dunia sebenar (real world), yang berbeza daripada apa yang mereka pelajari di universiti.






