KUALA LUMPUR: Konglomerat, IJM Corporation Bhd (IJM Corp) mengumumkan pelantikan Datuk Johan Idris sebagai pengarah bebas bukan eksekutif dan pengerusi syarikat itu.

Dalam kenyataan hari ini, IJM Corp memaklumkan pelantikan Johan susulan peralihan kepimpinan lembaga pengarah berikutan persaraan Tan Sri Krishnan Tan pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) IJM ke-42 pada 27 Ogos 2026.

Pengarah Bukan Eksekutif IJM Corp, Datuk Lee Teck Yuen, mengambil alih jawatan Pengerusi ketika itu bagi memastikan kesinambungan kepimpinan lembaga pengarah sementara proses penggantian dan pertimbangan pelantikan pengerusi bagi jangka panjang diteruskan.

Mengulas pelantikannya, Johan berkata, beliau berbesar hati menyertai lembaga pengarah IJM Corp dan memegang jawatan pengerusi.