KUALA LUMPUR: PKR mengumumkan pelantikan Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak, Mahmud Epah sebagai pengerusi baharu MPN negeri itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13.
Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, berkata pelantikan itu diputuskan menerusi Mesyuarat Pimpinan Cabang PKR Sarawak dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Katanya, langkah penstrukturan semula kepimpinan itu dilakukan bagi memperkukuh persiapan parti menghadapi PRN Sarawak, dijangka dalam masa terdekat.
"Mesyuarat menegaskan bahawa tumpuan utama adalah kepada strategi dan gerak kerja pilihan raya sebagai rangka persiapan menyeluruh," katanya dalam kenyataan pada hari ini.






