asyikin.mat@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal menjadi ukuran tahap kesiapsiagaan parti politik sekiranya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal, kata penganalisis Politik, Dr Mohamad Tawfik Yaakub.

Beliau berkata, keputusan PRN Melaka boleh memberi gambaran mengenai kekuatan parti, sokongan pengundi dan keberkesanan kerjasama politik.

Menurutnya, keputusan itu juga boleh mempengaruhi strategi parti menghadapi PRU16.

"Bagaimanapun, keputusan PRN tidak wajar dijadikan ukuran mutlak untuk meramalkan PRU16 kerana faktor politik dan ekonomi, kestabilan kerajaan Persekutuan serta pertimbangan kepimpinan negara turut mempengaruhi masa PRU.