Lausanne: Keputusan rayuan Senegal terhadap tindakan melucutkan gelaran juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) tahun ini dijangka diketahui pada penghujung November depan, menurut Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

CAS dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya akan mengeluarkan keputusan lengkap berserta alasan perundangan yang dikenali sebagai CAS Award, selepas mendengar hujah Senegal, Maghribi dan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) pada 8 Oktober lalu.

"Proses ini memerlukan beberapa minggu, dengan CAS Award dijangka dikeluarkan pada penghujung November 2026," menurut kenyataan itu.

Senegal mengemukakan rayuan selepas CAF memutuskan untuk memberikan gelaran juara kepada Maghribi, walaupun Senegal menewaskan tuan rumah 1-0 menerusi masa tambahan pada final di Rabat, Januari lalu.