Zara Qairina Mahathir meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas beliau ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di asrama sekolahnya. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Mahkamah Koroner Kota Kinabalu dijangka mengumumkan keputusan inkues kematian Zara Qairina Mahathir pada 15 Jan depan.

Koroner Amir Shah Amir menetapkan tarikh itu selepas berbincang dengan semua pihak terbabit dalam inkues itu serta meminta mereka mengemukakan hujahan bertulis masing-masing sebelum atau pada 15 Dis ini.

Sinar Harian melaporkan prosiding inkues itu berakhir kelmarin selepas berlangsung selama 96 hari.

Zara meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di asrama sekolahnya di Papar.