London: Penjaga gol Arsenal, David Raya menyifatkan kebangkitan pasukannya selepas tewas mengejut kepada Brighton bulan lalu sebagai sesuatu yang luar biasa apabila mereka mencatat tiga kemenangan berturut-turut sejak saingan liga bersambung selepas rehat antarabangsa.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu sebelum ini dikejutkan dengan kekalahan 0-3 kepada Brighton, namun bangkit mempamerkan aksi lebih meyakinkan sebelum berkunjung ke gelanggang Bayern Munich bagi aksi Liga Juara-Juara, Khamis ini.
Terbaharu, Arsenal menewaskan Nottingham Forest 1-0 hasil jaringan Noni Madueke pada minit ke-80 di City Ground, semalam, sekali gus meneruskan rentak kemenangan mereka.
"Kami kembali dengan sangat kuat, terutama selepas kekalahan sukar kepada Brighton dan tempoh 19 hari sebelum kembali beraksi.






