AYER KEROH – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Pelantikan Ab. Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka itu diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk BN malam tadi.
Menurut Ahmad Zahid, sebelum ini Datuk Seri Mohamad Hasan yang dilantik sebagai pengarah, namun sebagai Menteri Luar, beliau agak sibuk dan kebetulan pula ketika kempen PRN nanti, beliau mempunyai tugasan di luar negara.
“Ini termasuk menghadiri mesyuarat negara Komanwel dan juga tugas mewakili negara bagi mesyuarat serantau, khususnya Sidang Kemuncak ASEAN di Manila dan juga di beberapa negara yang lain.









