SPR tetap hari mengundi bagi PRN Melaka pada 14 Nov, manakala penamaan calon pada 31 Okt dan pengundian awal berlangsung pada 10 Nov.PETALING JAYA: Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik menjadi antara cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka bulan depan.

Justeru, Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh berkata, jentera BN perlu memperkukuh strategi bagi mendekati pengundi baharu ini, dan tidak bergantung kepada kaedah tradisional semata-mata agar sokongan terhadap parti itu terus dipertahankan.

Ab Rauf Yusoh.“Kalau dulu, kita boleh daftar pemilih, ambil nama-nama pemilih dan simpan dalam bakul kita. Kita boleh tahu, kalau bertanding di sini, kita boleh menang. Tetapi apabila pengundi baharu dibenarkan mengundi, bukan sahaja mereka berusia 18 tahun, malah mereka yang berusia 60 tahun tetapi tidak pernah mengundi juga boleh mengundi.