Bekas wartawan Berita Harian Azrul Affandi Sobry tampil imbau pengalamannya menerusi sebuah audio siar yang dimuat naik di YouTube.PETALING JAYA: Tindakan seorang wartawan mengimbau operasi pengedaran dadah berskala besar berhampiran IPD Sentul sedekad lalu mengundang rasa tidak puas hati Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus.
Fadil menyifatkan pendedahan itu sebagai publisiti tidak wajar yang 'boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap pihak polis dan menjejaskan imej serta kredibiliti pasukan'.
Wartawan itu berkongsi pengalamannya menerusi sebuah audio siar yang dimuat naik di YouTube petang semalam, menceritakan bahawa beliau bersembunyi di sebuah kuil terbiar di Sentul selama tiga hingga empat hari untuk melihat sendiri kegiatan haram berkenaan.






