MB Negeri Sembilan Ismail Lasim ditempelak secara terbuka oleh Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas solat Jumaat minggu lepas. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim enggan mengulas mengenai teguran terbuka oleh Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Jumaat lepas.
“Saya okey saja. Tiada apa nak komen pun,” katanya, lapor Sinar Harian.
Pada Jumaat, menerusi beberapa video yang tular di media sosial, Tuanku Muhriz dilihat memberitahu sekumpulan jemaah bahawa Ismail telah mengutuskan surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, memaklumkan bahawa baginda kononnya bukan lagi Yang Dipertuan Besar.
Tuanku Muhriz kemudian menempelak Ismail yang turut berada di situ, memberitahunya bahawa baginda enggan berjumpa dengannya dan mempersoalkan tujuan Ismail mahu menghadapnya.







